Friday, July 30, 2010

Pesta Ibadah Sebuah Harapan: Dari Ubaidah bin Shomit

Dari Ubaidah bin Shomit,

bahwa ketika Ramadhan tiba,

Rasulullah bersabda:

Ramadhan telah datang kepada kalian,

bulan penuh berkah, pada bulan itu Allah Subhannahu Wa Ta'ala akan memberikan naungan-Nya kepada kalian. 

Dia turunkan rahmat-Nya Dia hapuskan kesalahan-kesalahan dan Dia kabulkan do'a pada bulan itu.

Allah Subh...annahu Wa Ta'ala akan melihat kalian berlumba2 melakukan kebaikan.

Allah akan membanggakan kalian di depan malaikat.

Maka perlihatkanlah kebaikan diri kalian kepada Allah Subhannahu Wa Ta'ala,

Sesungguhnya orang yang celaka adalah orang yang pada bulan itu tidak mendapat Rahmat Allah Azza Wa Jalla''

( HR Tabrani )


selamat-menyambut-ramadhan.jpg


--
'Filter' kepada Kejahilan, 'Ubat' kepada Hati, 'Makanan' kepada Minda. Galeri Ilmu Online anda.

894BF73446A2F8474B9D6DA8EF5CCCD2.png

d192ebe14e2dafc89237ce49ef86e4ae.png

49cbe177b3af642cdbf6cb07dad1dc09.png

"Kini anda boleh membuat pembelian buku, cd, vcd daripada ikon-ikon terkenal seperti Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood, Dato' Ismail Kamus, Dr Zahazan Mohamed, Dr Irfan Khairi dan ramai lagi. Klik disini http://www.stormreaders.net/galeriilmu


stormreaders1.jpg

ATAU Mulakan perniagaan menjual buku-buku agama, motivasi, ilmiah dan novel  dari rumah! Sertai sebagai Rakan Pengedar StormReaders2U, dan anda juga akan mempunyai e-store anda sendiri untuk menjana pendapatan tambahan melalui Internet. Kini, ramai yang telah berjaya memperolehi pendapatan tambahan setiap minggu sebagai Rakan Pengedar StormReaders2U.  StormReaders adalah perniagaan berangkaian 100% menurut syariah. Adakah anda berminat? Klik di sini http://www.stormreaders2u.net/r/galeriilmu/


JANGAN BIARKAN RAKUS BERLELUASA

MINDA BISTARI #47 - JANGAN BIARKAN RAKUS BERLELUASA

Posted On July 22, 2010

TanSriAli.jpg
Tan Sri Muhammad Ali
-
Chief Executive Officer of Johor Corporation (JCorp), and has been CEO since January 1, 1982-

(Artikel ini telah diterbitkan di Ruangan Minda Bistari, Harian Metro pada 22 Julai 2010 di bawah tajuk "Jelmaan Manusia Rakus")

Pendedahan media mengenai berita seorang bapa Melayu berumur 85 tahun menyaman tiga anak lelakinya RM2 juta kerana mengurung dan memaksanya memindahkan hak milik tanah ke atas nama mereka tiga tahun lalu pasti mengejutkan kita.

Kes saman seperti ini semakin menjadi-jadi di kalangan kita. Ikatan kekeluargaan dan tali persaudaraan tidak lagi dianggap penting.  Kita semakin cenderung menyelesaikan masalah bukan menerusi perantaraan ahli keluarga dan sahabat handai dalam suasana kekeluargaan dan ukhuwah.  Malah, semangat ukhuwah dan silatur rahim Islam semakin diketepikan.  Sama ada adik beradik, saudara dan rakan, semuanya memilih  untuk mengambil tindakan mahkamah. 

Satu ketika masyarakat Melayu hairan dan pelik melihat orang lain, khasnya di kalangan bukan Muslim, menyaman sesama sendiri biar pun memiliki pertalian darah dan keturunan.   Kini kita melakukan perkara sama.  Apakah ini petanda Melayu sebagai Muslim sudah semakin kehilangan jatidiri kemelayuan dan Islamnya sama seperti umat lain?  Nilai, akhlakdan ukhuwah tidak seteguh dulu dan tidak lagi diutamakan.  Jika ini berlanjutan, apakah ia mencerminkan kemerosotan nilai hidup berkeluarga dan bermasyarakat yang diutamakan dan dimuliakan selama ini mengikut warisan budaya bangsa serta nilai pegangan hidup beragama? Apakah institusi keluarga tidak lagi penting berbanding pemburuan kekayaan, kesenangan dan kemewahan hidup?

Paling berbahaya apabila masyarakat semakin berleluasa memburu kepentingan peribadi dan individu hingga sanggup berbuat apa saja.   Kalau institusi keluarga pun sanggup dimusnahkan, apa lagi institusi lain dalam masyarakat.  Segala corak institusi dan organisasi yang membulatkan masyarakat, bangsa dan negara, termasuk adat, agama dan undang-undang tidak lagi dipandang penting.  Segala yang menyumbang kepada keutuhan dan keteguhan masyarakat akan dianggap sebagai sekatan dan halangan kepada cita-cita besar peribadi yang lebih diutamakan. 

Sekiranya diperhatikan, sebahagian besar daripada kes saman-menyaman yang memusnahkan keluarga membabitkan perebutan ke atas hak milik tanah, rumah dan harta termasuk harta pusaka orang yang meninggal dunia. Namun dalam kes tadi, ia membabitkan harta yang belum menjadi pusaka.   Bapanya masih hidup dan rumah serta tanah seolah-olah telah dirampas dan disamun anak sendiri!

Warga Malaysia dan bangsa Melayu khasnya seolah-olah menciplak tren yang kelihatan menjadi ciri kehidupan masyarakat moden, terutama di Barat.  Sebelum menikmati pembangunan, misalnya, masyarakat Melayu rata-rata merasai keistimewaan hidup bermasyarakat, sekalipun kehidupan ketika itu tidak semewah hari ini.  Pegangan teguh kepada nilai hidup bermasyarakat yang mengutamakan perhubungan mesra dan keindahan budaya hormat menghormati dan saling berkejasama dan bantu membantu telah memberi makna dan nilai tinggi.  

Sekalipun terdapat konflik, semangat ukhuwah dan pegangan kuat kepada hidup berakhlak mulia akan mengelakkan retak membelahkan perpaduan dan kebulatan masyarakat keseluruhannya.  Perasaan malu, pertimbangan ke atas harga diri dan pertimbangan menjaga nama biak keluarga dan kampung akan mengelakkan ramai daripada melakukan sesuatu yang dianggap curang atau dilarang.  Namun, suasana seperti ini sudah hampir tiada lagi.

Mungkin ia berkait rapat dengan fenomena pembandaran dan perubahan pesat yang berlaku kepada masyarakat Melayu kesan transformasi yang dibawa pembangunan ekonomi dan perindustrian.  Banyak tradisi dan ciri-ciri peradaban yang sebelum ini menjadi pegangan masyarakat semakin hanyut dan diketepikan.   Tekanan hidup moden mengakibatkan meluasnya sikap individualistik sehingga akhirnya menyebabkan tebalnya sifat nafsu-nafsi. 

Kesannya, ikatan tradisional berteras kepada nilai budaya dan pegangan kuat kepada nilai agama, kelihatan telah semakin terhurai.  Keretakan institusi keluarga, kemusnahan tali perhubungan antara ahli keluarga dan anggota masyarakat berteras kepada saling hormat menghormati dan saling bersopan dan berbudi dalam berinteraksi dalam sosial atau ekonomi semakin ketara.  Tanpa ikatan kukuh ini kesatuan dan harmoni akhirnya kelihatan semakin terancam.

Dalam bisnes, persengketaan dan konflik juga berlaku akibat sikap tamak, iri hati dan rakus. persaingan sengit semakin meruncingkan keadaan. Sifat ini seperti virus yang mudah menjangkiti masyarakat sehingga mendorong se-seorang menipu, memfitnah, merampas, menyamun serta melakukan segala yang dilarang demi mendapatkan harta kekayaan yang jelas bukan haknya.

Persaingan sengit juga semakin meruncingkan keadaan. Pebutan peluang dan kesempatan banyak mengakibatkan dihalalkan segala cara sehingga diibaratkan 'membujur lalu, melintang patah'.  Kalau harta ayah sendiri sanggup disamun, apa lagi harta kekayaan milik masyarakat dan kerajaan. 

Mungkin ini yang dipelajari dan diteladani daripada permainan monopoly.  Matlamatnya ialah merebut semua dengan pantas seblum dipintas.  Pedulikan nilai etika, batasan moral, hak dan batil, halal-haram agama dan undang-undang.  Dalam monopoly, ramai sanggup masuk penjara, kerana akan segaera keluar dengan senyuman lebar setelah membayar RM200 (memberi rasuah?) dan setelah itu ulangi semula pembolotan harta kekayaan mengikut cara yang sama.

Di Barat semua ini perkara biasa  Sehinggakan penjara di sana sesak dengan penjenayah.  Penipuan bukan lagi luar biasa, malah berleluasa termasuk di bank besar dan korporat perkasa. Tegasnya, apabila semakin kerap berlaku, masyarakat menganggap semua ini sebagai perkara biasa.   Kalau ada Melayu yang sanggup memusnahkan keluarga sendiri, tidak hairan sekiranya ada yang tergamak menyamun kepentingan kerajaan dan merampas hak milik masyarakat, atau bertindak memusnahkan institusi seperti GLC, memfaraidkan harta, bisnes dan aset miliknya, semata-mata untuk mengejar kepentingan peribadi dan memuaskan nafsu serakah sendiri. 

Dalam pengalaman Johor Corporation pernah melalui beberapa cabaran seperti ini.  Sekalipun barisan kepimpinan dan pengurusan GLC seperti JCorp tegas dengan pendirian untuk meneruskan milik harta awam supaya dikekalkan, misalnya menerusi Waqaf korporat untuk kepentingan jangka panjang masyarakat dan bangsa, terdapat golongan mereka yang tidak ambil peduli.   Mereka sanggup melanggar tatasusila peradaban, menolak yang hak dan memburu kebatilan dengan mengenepikan batasan halal dan haram sekalipun.  Kebelakangan ini, terdapat tanda-tanda aset dan harta yang telah diwakaf oleh JCorp seklaipun seoah-olah hendak diketepikan dan dimansukh status wakafnya, tidak kira sama ada ini melanggar batasan hukum syarak.

Dalam senario kehidupan didominasi bisnes yang semakin global sifatnya, sangat membimbangkan apabila kita saksikan Melayu dan umat Islam juga begitu pantas mencontohi sikap rakus dan serakah yang banyak berlaku di Barat.   Mereka juga merancang bertindak dengan cara dan kaedah sofistikated, disamping menghalalkan segala cara dan tidak langsung malu menolak nilai hidup beretika dan berakhlak mulia.

Di Barat, setelah lama bergelumang dengan pemikiran materialistik dan ideologi sekular serta melihat kerosakan dan kemusnahan semakin berleluasa, kini timbul rasa kesal atas hilangnya pegangan manusia Barat terhadap asas moral, termasuk pegangan kepada nilai agama dan spiritual.  Kesedaran ini terlalu lewat disedari untuk segera menyelamatkan keadaan.   Seorang penulis Barat, William Ophuls, dalam bukunya Requiem for Modern Politics, menganjurkan dunia Barat yang kehilangan punca, balik ke pangkal jalan dan menyusuri akar umbi kehidupan yang berpaksi kepada moral dan kepercayaan agama.

Beliau berkata, sifat manusia yang tamak, serakah, bercita-cita rakus dan sombong cuma boleh dibendung oleh akhlak mulia yang ada pada peribadi dan bercorak madani – iaitu oleh 'adab perangai hati' yang asasnya berakar-umbi dalam tatasusila moral, kalaupun tidak dalam rasa percaya kepada sesuatu yang kudus."  ("Human greed, rapacity, ambition, and arrogance are held in check only by civic and personal virtue – by the 'habits of the heart' rooted ultimately in a code of morality, if not in a sense of the sacred.")

Beliau seterusnya menyatakan, "… kita memerlukan satu wawasan baru tentang kehidupan bermakna dan satu falsafah politik baru, bukan sekadar hanya satu lagi penyedap sosial, ekonomi atau teknologi yang sementara."  ("… we need a new vision of the good life and a new philosophy of politics, not yet another social, economic or technological fix.")

Kes rampasan harta dan tanah milik bapa oleh tiga anaknya mungkin tidak mencerminkan kemusnahan langsung nilai akhlak mulia di kalangan Melayu dan umat Islam.   Untuk menghindarkan ia dilihat sebagai perkara biasa dan mengelakkan penyakit rakus dan serakah seperti ini daripada menjangkiti , kita perlu bangkit menentang mana-mana kelakuan yang boleh memburukkan keadaan.   Semua tindakan rakus dan serakah, termasuk yang cuba memperkosa hak dan kepentingan awam, misalnya dalam cubaan golongan kecil untuk memfaraidkan aset, bisnes dan harta GLC milik masyarakat juga perlu ditentang habis-habisan. 

Pada akhirnya, yang paling penting ialah masyarakat tidak melepaskan pegangan teguhnya kepada "tali Allah" dan ikatan nilai Islam yang selama ini telah melindungi masyarakat dan bangsa daripada berlakunya mala petaka yang boleh menghancur dan memusnakan langsung rahmat dan keberkatan hidup di bawah naungan dan perlindungan Allah yang maha berkuasa.

Muhammad Ali Hashim
21 Julai, 2010


--
'Filter' kepada Kejahilan, 'Ubat' kepada Hati, 'Makanan' kepada Minda. Galeri Ilmu Online anda.

894BF73446A2F8474B9D6DA8EF5CCCD2.png

d192ebe14e2dafc89237ce49ef86e4ae.png

49cbe177b3af642cdbf6cb07dad1dc09.png

"Kini anda boleh membuat pembelian buku, cd, vcd daripada ikon-ikon terkenal seperti Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood, Dato' Ismail Kamus, Dr Zahazan Mohamed, Dr Irfan Khairi dan ramai lagi. Klik disini http://www.stormreaders.net/galeriilmu

stormreaders1.jpg
klik disini

ATAU Mulakan perniagaan menjual buku-buku agama, motivasi, ilmiah dan novel  dari rumah! Sertai sebagai Rakan Pengedar StormReaders2U, dan anda juga akan mempunyai e-store anda sendiri untuk menjana pendapatan tambahan melalui Internet. Kini, ramai yang telah berjaya memperolehi pendapatan tambahan setiap minggu sebagai Rakan Pengedar StormReaders2U.  StormReaders adalah perniagaan berangkaian 100% menurut syariah. Adakah anda berminat? Klik di sini http://www.stormreaders2u.net/r/galeriilmu/

promotestorm.jpg

mrushaidin@gmail.com atau nor259@gmail.com

Panjangkah Perjalanan itu?


Posted by nur2dlihat on Jun 30, '08 7:25 PM for everyone

IMGP8130-1+%5BR%C3%A9solution+de+l'%C3%A9cran%5D.jpg

Rasulullah s.a.w. dan generasi itu telah tiada!
Lama sudah mereka berlalu meninggalkan kita.
Kehadiran insan ajaib itulah
yang telah memuliakan kita pada saat ini.

Muhammad, kekasih Ilahi.

Baginda berjalan selangkah demi selangkah, meniti hari.
Bermula dari seorang diri, menyampaikan dakwah secara sembunyi-sembunyi
Bukannya Baginda tidak berani dan takut mati
namun itulah tertib wahyu ketika itu, strategi Rabbi.

sembunyi.jpg

Ucapan Baginda tidak lahir dari nafsu melainkan wahyu yang suci.
Ucapan yang hikmah dari kalbu yang jernih disambut oleh hati yang bersih dan jiwa yang fitri.

Dimulainya mengajak manusia kepada Islam dengan menjernihkan fikrah, pendekatan akal, pemahaman dan menyentuh hati sanubari.

Juga dengan jalan hujah dan keterangan, dengan hikmah dan pengajaran penuh seni.

Dengan rahmat dan kurnia Ilahi...
seorang demi seorang ikut menyertai...
dari golongan bangsawan mulia hingga hamba sahaya tidak mahu terkecuali.
Lalu, terbentuklah masyarakat dan jemaah Islam pertama, jamaah Rasulullah dan para sahabi.

Jemaah baru itu masih sangat kecil dan merupakan ghuroba' (orang-orang yang asing) di Mekah, kota kelahiran Baginda sendiri.

Golongan ghuroba' inilah yang kelihatan berjalan perlahan-lahan dan lambat,
akhirnya menjadi kelompok yang mulia, gah, izzah dan menjadi generasi terbaik ummat ini.
Mereka tak punya apa-apa, melainkan jiwa yang sarat keyakinan bahawa janji Allah itu pasti!
Biarpun sehebat mana rintangan, jalan dakwah dan kebaikan terus berkembang dan panjinya berkibar tinggi.
Adakah amalan dan akhlak kita melayakkan diri kita termasuk dalam golongan ghuroba' ini?
Mungkinkah kelalaian kita yang berterusan ini akan menyebabkan kita turut tertapis dari jalan ini?
Nauzubillah!

Ya Allah, bantulah kami untuk tetap layak berada dalam kebenaran, di atas jalan-Mu. Jangan sesekali Kau menapis kami dari rahmat dan jalan-Mu kerana kelalaian kami sendiri untuk mengubat hati dan mengubah sahsiah diri. Amin…


--
'Filter' kepada Kejahilan, 'Ubat' kepada Hati, 'Makanan' kepada Minda. Galeri Ilmu Online anda.

promotestorm.jpg

894BF73446A2F8474B9D6DA8EF5CCCD2.png
QuantumBidadari

d192ebe14e2dafc89237ce49ef86e4ae.png
GaleriIlmuOnline

49cbe177b3af642cdbf6cb07dad1dc09.png
JihadBisness
rahsia-ebook

"Kini anda boleh membuat pembelian buku, cd, vcd daripada ikon-ikon terkenal seperti Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood, Dato' Ismail Kamus, Dr Zahazan Mohamed, Dr Irfan Khairi dan ramai lagi. Klik disini http://www.stormreaders.net/galeriilmu

stormreaders1.jpg
klik disini

ATAU Mulakan perniagaan menjual buku-buku agama, motivasi, ilmiah dan novel  dari rumah! Sertai sebagai Rakan Pengedar StormReaders2U, dan anda juga akan mempunyai e-store anda sendiri untuk menjana pendapatan tambahan melalui Internet. Kini, ramai yang telah berjaya memperolehi pendapatan tambahan setiap minggu sebagai Rakan Pengedar StormReaders2U.  StormReaders adalah perniagaan berangkaian 100% menurut syariah. Adakah anda berminat? Klik di sini http://www.stormreaders2u.net/r/galeriilmu/

mrushaidin@gmail.com atau nor259@gmail.com

Thursday, July 29, 2010

New Picasa Web Albums Activity

Recent Uploads
nor added a photo to Dunia ku Buku
Jul 28, 2010 1:18:42 AM

Post CommentUnsubscribe from this user.
To share your photos or receive notification when your friends share photos, get your own free Picasa Web Albums account.

Wednesday, July 28, 2010

MINDA BISTARI #48 - KHALIFAH GANTI SUPERMAN

MINDA BISTARI #48 - KHALIFAH GANTI SUPERMAN

Posted On July 29, 2010


 TanSriAli.jpg

Tan Sri Muhammad Ali is Chief Executive Officer of Johor Corporation (JCorp), and has been CEO since January 1, 1982.

(Artikel ini diterbitkan di Ruangan Minda Bistari, Harian Metro pada 29 Julai 2010)

Andai ditanya kepada anak kecil, nak jadi kuat macam siapa, pasti ramai yang menjawab, "Superman!". Anak-anak pasti mengenali Superman sebagai superhero perkasa yang memiliki kuasa hebat dan luar biasa. Terbang melayang di udara, mengangkat kereta, gagah dan kebal, menangkis peluru dan membengkokkan besi, membasmi jenayah dan menyelesaikan segala masalah - semuanya mudah bagi Superman.

Pelik dan ajaib bukan? Watak hebat ciptaan Barat ini begitu berjaya menguasai minda anak-anak Melayu khasnya sehingga mereka terlupa watak superhero bangsa mereka sendiri, misalnya sama ada mitos seperti Badang dan Hang Tuah berlima saudara, mahu pun Raja Haji, Panglima Salleh dan lainnya yang telah terbukti kegagahan mereka dalam sejarah perjuangan Melayu. Namun, Barat berjaya mencipta imej khayalan ini (termasuk juga watak superhero lain) sehingga menjadi begitu sinonim dan melekat dalam jiwa moden. Tambah pelik apabila anak-anak Melayu tetap memilih Superman sebagai idola biar pun superhero tersebut nampak luar biasa dan songsang dengan memakai seluar dalam berwarna merahnya di luar!

Yang ingin saya sampaikan dalam siri rencana kali ini sebenarnya berkaitan dengan watak Superman dan hubungkait dengan pengaruhnya terhadap corak kepimpinan dan pengurusan organisasi.

Sesungguhnya, tidak hairan jika terdapat pemimpin organisasi yang berminat mempunyai kelebihan seperti Superman. Banyak masalah yang boleh selesai. Lebih penting, keupayaan diri yang luar biasa memberi kelebihan dan kuasa penuh pada dirinya. Pemimpin mana yang tidak mahu diberi sepenuh kuasa, kebebasan bertindak dan tumpuan segala sanjungan dan menjadi tempat pergantungan harapan semua dalam organisasi.  Kedudukan istimewa menjadikannya 'kebal' dan sebagai pemimpin organisasi ia tidak terancam atau digugat oleh sesiapa.

Namun perhatikan betapa watak Superman ini, sekalipun hanya khayalan dan ciptaan imaginasi, sebenarnya boleh merosakkan. Pertama, ia sengaja diperkenal orang kulit putih di zaman ketika agenda supremasi berteraskan warna kulit ditonjol untuk menanam semangat mendominasi dunia, menguasai dan membolot segala-galanya bagi kepentingan mereka. Ia membuat kita berwatak rakus dan serakah. 

Yang tidak kurang penting, watak Superman juga menegaskan nilai masyarakat Amerika khasnya yang mendewa dan mengutamakan kepentingan individu di atas segala yang lain. Ia menggalakkan sikap nafsu-nafsi. Nilai individualistik ekstrem ini sebenarnya ditonjol dan dijelmakan menerusi watak Superman yang seharusnya kita di Timur, khasnya di kalangan umat Islam perlu berhati-hati dan waspada.

Bahayanya, organisasi dalam masyarakat Islam, sama ada dalam politik, pentadbiran, bisnes, korporat, NGO dan organisasi sosial kerap dilihat cenderung ke arah mempelajari dan meniru budaya organisasi seperti ini, kadang kala tanpa disedari. Di sini antara puncanya timbul watak 'little Napoleon' dan 'raja-raja kecil' dalam organisasi yang sering diperkatakan hari ini.

Kelihatan ini berlaku kerana pengikut dan orang bawahan dengan secara tidak langsung dan tanpa berfikir, telah mengizinkannya. Dalam buku 'Membujur Lalu…." yang saya tulis pada 1996, pernah saya nyatakan bahawa dalam konteks masyarakat Malaysia dan Melayu khasnya, terdapat tiga corak budaya warisan yang mempengaruhi pembentukan budaya organisasi terutama yang majoriti anggotanya adalah Melayu. Tiga corak budaya ini adalah budaya melukut, feudal dan penjajahan.  

Budaya melukut sekiranya menjadi ciri yang mendominasi suasana kerja dalam organisasi, mudah sekali menjadikan pemimpinnya Superman. Istilah budaya melukut, diambil daripada perumpamaan Melayu "seperti melukut di tepi gatang", merujuk kepada sikap terlalu merendahkan diri sehingga menganggap terlalu kerdil, tidak penting dan langsung tidak berupaya membawa apa-apa kesan atau pengaruh kepada sesebuah organisasi. Satu contoh terbaik sikap melukut ialah mereka yang mengasingkan diri dan tidak sanggup ke depan untuk menyuarakan idea dan pandangan masing-masing. Malu, segan, takut, bimbang ditertawakan, hina dan sebagainya bercampur-baur sehingga akhirnya membunuh keyakinan dan buah fikiran.
 
Orang yang membawa sikap melukut adalah juga orang yang mengizinkan dirinya dilabel sebagai "kakitangan" dalam organisasi. Hampir semua organisasi dalam masyarakat hari ini menggelar anggotanya sebagai "kakitangan". Dalam suasana begini, tidak hairan 'little Napoleon' dan Superman bermaharajalela, kerana majoriti dominan dalam organisasi mengambil sikap tidak peduli atau menganggap mereka tidak boleh berbuat apa-apa untuk mengubah suasana.

Dalam Johor Corporation (JCorp), sebagai sebuah organisasi korporat pelbagai bisnes melibatkan lebih 280 syarikat dan 65,000 pekerja, saya kerap ditanya bagaimana menghasilkan keberkesanan dan kecemerlangan. Soalan paling kerap ialah bagaimana cara organisasi besar dan kompleks ini dikawal rapi supaya sentiasa cergas, dinamis, berdaya kreatif dan inovasi sehingga menghasilkan prestasi tinggi. Semua ini memerlukan usaha gigih dalam banyak hal. Jawapan mudah dan ringkas yang kerap saya berikan ialah pertama, JCorp mengharamkan 'kakitangan', dan kedua, JCorp tegas dalam mengenepikan kepimpinan bercorak 'Superman'.

Sekalipun jawapannya mudah, proses mencapai sepenuhnya kedua matlamat ini, (satu ditujukan kepada perubahan menyeluruh sikap di kalangan anggota bawahan dan yang kedua pembaharuan sikap di kalangan barisan kepimpinan JCorp), adalah satu proses pembaharuan nilai budaya organisasi yang sangat mencabar.  Untuk memudahkan pelaksanaannya, semua perubahan dan pembaharuan yang JCorp lakukan dibuat selari dan serasi dengan nilai asas yang digariskan Islam. Organisasi seperti JCorp yang sebahagian terbesar anggotanya adalah Muslim, tidak dapat lari daripada membina kekuatan berteraskan nilai Islam.

Justeru, untuk berjaya dan mencapai kecemerlangan dalam pengurusan organisasi menuntut satu usaha yang tegas, tersusun dan teratur yang ditujukan khas untuk mengikis dan mengenepikan semua corak budaya warisan yang asing, negatif dan bertentangan dengan Islam. Sikap mengiktiraf diri sebagai 'kakitangan' segera digantikan dengan semangat 'insan kamil' dan Superman digantikan dengan 'khalifah'! Kepimpinan dalam organisasi harus menggalakkan semangat jatidiri, keberanian dan kegagahan luar biasa di kalangan anggota sehingga mencapai maksud dan hakikat bahawa mereka sebenarnya 'khalifah' dalam bidang masing-masing.

Paling penting, jangan dibiarkan berakarnya sikap menurut dan mengikut membuta-tuli serta 'taat sia-sia' yang boleh merosakkan kepentingan jangka panjang organisasi. Keputusan yang mempunyai kesan strategik dan jangka panjang terhadap kepentingan organisasi seharusnya telus dan melibatkan seramai mungkin anggota agar benar-benar membawa impak positif terhadap pembaharuan sikap, selain menjayakan kebulatan serta keutuhan organisasi.

Budaya korporat yang mengutamakan percambahan ilmu pengetahuan di segala peringkat dan lapisan perlu diutamakan dan untuk itu, pemimpin tidak boleh berwatak Superman. Superman tidak langsung berminat membimbing dan mencurahkan ilmu pengetahuan dan hikmah pengalaman kepada orang lain dalam organisasi. Bagi Superman, adalah sia-sia ilmu dan keterampilan yang ada padanya disampaikan kepada orang lain, kerana kelebihan cuma terdapat pada peribadinya sendiri. Kalau ada pun yang boleh menjadi seperti mereka ialah daripada kalangan Superwoman atau keturunan darah mereka seperti Superboy atau Supergirl!

Tegasnya, adalah malang sekali bagi organisasi memiliki pemimpin berwatak Superman. Apa akan terjadi kepada organisasi dan perjuangannya akhirnya apabila ia tiada? Semua pemimpin akan beredar, atau akan menghadapi mati akhirnya. Ketika itulah organisasi terlibat dan seluruh perjuangannya akan tergugat. Di sinilah juga punca utama kenapa Melayu dan umat Islam amnya tidak dapat menghasilkan organisasi besar dan korporat gergasi yang berdayatahan melewati beberapa generasi. Di sinilah juga tewasnya kita di bidang bisnes dan ekonomi kepada Barat dan negara maju lain, apabila mereka terus ke depan mendapatkan manfaat sepenuhnya daripada kesinambungan usaha berorganisasi zaman berzaman.

Di JCorp, kami sangat memberi perhatian terhadap isu ini, supaya pencapaian korporatnya dapat terus berpanjangan. Inilah sebab watak kepimpinan di JCorp tidak mencontohi watak Superman. Kuasa dan tampuk kepimpinan tidak dipusatkan kepada seorang CEO sahaja di puncak syarikat, bahagian bisnes dan organisasi. Keutamaan diberi kepada usaha membina barisan pemimpin bercorak kepimpinan berpasukan atau team leadership. Sekalipun bertindak dalam kumpulan, sistem pengambilan keputusan di JCorp mengizinkan CEO di peringkat bahagian bisnes masing-masing bertindak secara autonomi dalam konteks amalan syura.

Paling penting, dalam mengutamakan kesinambungan untuk mengekalkan kepentingan bisnes, aset dan harta korporatnya untuk manfaat jangka panjang bangsa, agama dan negara, JCorp dengan tegas mengambil langkah mewakafkan hak milik saham dalam syarikat strategiknya. Kenapa wakaf? Kerana JCorp bukan organisasi pimpinan Superman yang individualistik, rakus dan terlalu berkepentingan peribadi. Kerana JCorp mengutanakan jatidiri Melayunya, dan berjiwa Islam.

Dengan demikian, dalam konteks budaya korporat amalannya selama ini, sangat penting budaya syura dan nilai 'khalifah' atas semangat Jihad Bisnes JCorp serta proses organisasi yang dibina dan dipupuk berlandaskan tali ikatan Islam yang telah memberikannya kekuatan dan kegagahan bersaing di pasaran sehingga menghasilkan kecemerlangan selama ini, diterus dan dikekalkan. 

Tegasnya, jangan dibiarkan watak asing mengambil alih teraju kepimpinan organisasi seperti JCorp. Mana-mana pemimpin yang didatangkan dari luar JCorp tidak bersedia menjiwai perjuangannya serta aspirasi Jihad Bisnesnya, seperti yang sedia tertanam di sanubari barisan pemimpin pelapisnya. Jika makhluk asing seperti Superman di bawa masuk juga, iaitu jika amanah kepimpinan tidak diserah kepada 'yang ahli' seperti dianjurkan Islam, menurut maksud Hadis, kita semua cuma perlu menantikan kehancuran usaha atau kemusnahan organisasi terbabit.

Muhammad Ali Hashim
28 Julai, 2010



--
'Filter' kepada Kejahilan, 'Ubat' kepada Hati, 'Makanan' kepada Minda. Galeri Ilmu Online anda.

894BF73446A2F8474B9D6DA8EF5CCCD2.png

d192ebe14e2dafc89237ce49ef86e4ae.png

49cbe177b3af642cdbf6cb07dad1dc09.png

"Kini anda boleh membuat pembelian buku, cd, vcd daripada ikon-ikon terkenal seperti Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood, Dato' Ismail Kamus, Dr Zahazan Mohamed, Dr Irfan Khairi dan ramai lagi. Klik disini http://www.stormreaders.net/galeriilmu

stormreaders1.jpg
klik disini

ATAU Mulakan perniagaan menjual buku-buku agama, motivasi, ilmiah dan novel  dari rumah! Sertai sebagai Rakan Pengedar StormReaders2U, dan anda juga akan mempunyai e-store anda sendiri untuk menjana pendapatan tambahan melalui Internet. Kini, ramai yang telah berjaya memperolehi pendapatan tambahan setiap minggu sebagai Rakan Pengedar StormReaders2U.  StormReaders adalah perniagaan berangkaian 100% menurut syariah. Adakah anda berminat? Klik di sini http://www.stormreaders2u.net/r/galeriilmu/

mrushaidin@gmail.com atau nor259@gmail.com

New Picasa Web Albums Activity

Recent Uploads
nor added a photo to Dunia ku Buku
Jul 27, 2010 12:28:03 AM

Post CommentUnsubscribe from this user.
To share your photos or receive notification when your friends share photos, get your own free Picasa Web Albums account.

Rumahku Ofisku



Rumahku_Ofisku_4c452be9d5652.jpg

Penulis : Mazneera Zainal

Kod Buku : GB0087

Harga : RM18.00



Sebuah buku panduan untuk suri rumah bekerja dari rumah . Pelbagai tip dikongsi antaranya panduan menghadapi dilema, konflik dan tekanan-tekanan yang mendatang. Alternatif bagi wanita membina kerjaya dari rumah tanpa mengabaikan asuhan terhadap anak-anak. Juga diajar cara-cara 'set-up' bisnes.

Filter' kepada Kejahilan, 'Ubat' kepada Hati, 'Makanan' kepada Minda.

Kedai Buku Online Anda.

Disni: http://www.stormreaders.net/galeriilmu


rumahku+ofisku.jpg

--
'Filter' kepada Kejahilan, 'Ubat' kepada Hati, 'Makanan' kepada Minda. Galeri Ilmu Online anda.

894BF73446A2F8474B9D6DA8EF5CCCD2.png
QuantumBidadari

d192ebe14e2dafc89237ce49ef86e4ae.png
GaleriIlmuOnline

49cbe177b3af642cdbf6cb07dad1dc09.png
JihadBisness.blogspot.com
rahsia-ebook

"Kini anda boleh membuat pembelian buku, cd, vcd daripada ikon-ikon terkenal seperti Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood, Dato' Ismail Kamus, Dr Zahazan Mohamed, Dr Irfan Khairi dan ramai lagi. Klik disini http://www.stormreaders.net/galeriilmu

stormreaders1.jpg
klik disini

ATAU Mulakan perniagaan menjual buku-buku agama, motivasi, ilmiah dan novel  dari rumah! Sertai sebagai Rakan Pengedar StormReaders2U, dan anda juga akan mempunyai e-store anda sendiri untuk menjana pendapatan tambahan melalui Internet. Kini, ramai yang telah berjaya memperolehi pendapatan tambahan setiap minggu sebagai Rakan Pengedar StormReaders2U.  StormReaders adalah perniagaan berangkaian 100% menurut syariah. Adakah anda berminat? Klik di sini http://www.stormreaders2u.net/r/galeriilmu/

mrushaidin@gmail.com atau nor259@gmail.com

Related Posts with Thumbnails