Thursday, July 1, 2010

Sampaikanlah.....

JANGAN HAMPIRI Z.I.N.A

Firman Allah:
Dan Janganlah kamu manghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat. (al-Isra?:32)

Hasil Nukilan: shopuan@kmkd.matrik.edu.my <mailto:shopuan@kmkd.matrik.edu.my>

Hak Cipta tak terpelihara.
Tolong sebarkan.

cinta1.jpg

Kami tidak berzina!
Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.

Kami hanya berbual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum?.adakah itu menghampiri zina?
Ya, perbuatan itu boleh menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.

Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dgn bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama. Adam dan Hawa. Jangan pula terlupa. Siapalah kita jika dibandingkan dgn Adam dan Hawa? Iblis amat licik. Pengalamannya banyak. Ia ada lebih 1001 cara. Ingat, pesanan Rasulullah: Janganlah engkau bersendirian dgn seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan (Tabrani). Syaitan akan menghembus perasaan berahi. Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.

Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada perzinaan. Ada yang hanya bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun!
Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat launnya desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis, akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja. Percayalah,ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kpd perzinaan akhirnya?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu pun zina juga ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnyak ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaiut melihat kekasih dgn perasaan berahi. Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaiut khayalan berahi dgn kekasih sepertimana yg dinyatakan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan dan lorong menuju kpd perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kpd perzinaan.

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!
Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita nak belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan mambawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebih lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kpd org yg berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis ibadah oleh malaikat Raqib dan Atid?

Sungguh! Bincang pelajaran shj. Ni study group.
Study group?? Nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua shj? Kemana-manapun berdua. Kalau ye pun, carilah study group ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni?..betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yg lain tu?. banyak masa dihabiskan dgn fantasi cinta!

Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.
Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jgn menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.


Kami sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.
Tak adakah kaum sejenis yg boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkan kaum sejenis yg boleh memberikan motivasi? Jgn hina kaum sejenis kita. Ingat, byk org cemerlang yg belajar hanya dgn kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dpt berkat dan rahmat pula.

Takkanlah tak ada langsung ruang yg dibenarkan dlm Islam utk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?
Naluri adalah sebahagian drpd kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pd diri seseorg, tak normal namanya. Islam bukan dating membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri spt yg dilakukan oleh para paderi atau sami. Jgn nafikan naluri ini. Jgn berbohong pd diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu utk patuh pd perintah Allah. Jadilah manusia yg sihat nalurinya. Jgn jadi malaikat! Krn Allah ciptakan kita sbg manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.

Tentu ada cinta secara Islam.
Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul: cinta selepas berkahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yg bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara, tentu ia gantikan dgn sesuatu yg lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa ?sesuatu? sbg ganti yg lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah: Tidak ada yg lebih patut bg dua org yg saling mencintai kecuali nikah. (Ibni Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.

Kalau begitu, cinta remaja semua menghampiri kpd perzinaan?
Ya. Kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tpt sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam??Bukankah meereka semakin hampir dan dekat dgn perzinaan? Penghujung jln cinta adalah perzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai org yg bercinta tlh sampai kpd daerah perzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibubapa yg melahirkan kita dalam keadaan bersih tanpa noda drpd seekor nyamuk sekalipun!

Masih ramai org yg bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.
Allah yg mencipta manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yg ditegah takut manusia akan kecundang.

Jadi manusia itu tak tahan diuji?
Kta manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia walaupun bahaawa mereka tidak akan tahan dgn ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa utk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jgn makan buah khuldi dlm syurga. Buah yg lain boleh dimakan. Allah tahu kelemahan pd ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kpd Adam dan Hawa, jg hampiri pokok Khuldi itu. Firman Allah:

Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu did lm syurga serta makanlah dr makanannya sepuas-puasnya apa shj kamu berdua sukai, dan jgnlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari org-org yg zalim.
(al-A?araf:19)

Tegahan yg sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Krn mereka tdk dpt mengawal diri. Demikianlah dgn zina. Ditegah berzina. Maka jln kearah perzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dgn godaan perzinaan kedua-duanya akan kecundan. Cukuplah kita belajar drpd pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

utk mengenali hati budi pasangan sblm buat keputusan berkahwin. Tetapi cinta lepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah
Bolehkah percaya dgn perwatakan masa sdg bercinta? Bercinta penuh dgn lakonan yg dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dgn watak yg terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai-bagai lagi. Masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yg akan pujuk. Jgn harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yg memujuk. Banyak org yg kecewa dan tertipu dgn keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dgn bumi. Masa bercinta, dia seorg yg amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima mini, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dlm masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuran atau hipokrit.

Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti.
Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagian adalah anugerah Allah kpd hamba-hambaNya yg terpilih. Kebahagian bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yg akan menganugerahnya. Bagaiman mendapat anugerah kebahagian itu, jika jln mencapai kebahagian itu tidak diredhai Allah. Kebahagian hidup berumah tangga mestilah melalui proses yg betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini. Allah tidak akan meredhai percintaan ini. Cinta yg diredhai Allah adalah cinta slps kahwin. Bagaimana utk mendpt keluarga yg bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?

Tanya sikit? adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta?.
Semua itu adlah perangkap syaitan dan iblis. Hakikatnya adalah sama. Cinta yg dberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adlah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat dalah suatu betuk tupu daya iblis dan syaitan. Manusia yg terlibat dgn budaya ?angkat? ini sebenarnya telah masuk ke dlm perangkap syaitan. Cuma menunggu masa utk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, semuanya adalah sama. Jln akhirnya akan bertemu dgn zina.

Jadi, seolah-olah org yg bercinta telah hilang maruah diri?
Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh pencipta manusia. Sbb ukuran manusia sering berbeza-beza, Org yg sdg mabuk bercinta akan mengatakan org yg bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala, bg org yg menjaga diri, tidak mahu terlibat dgn cinta sblm kahwin, akan mengatakan org yg bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kpd org yg belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.

Adakah org yg bercinta hilang maruah?
Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Org yg bercingta seolah-olah cuba menggadai maruahnya krn mereka menghampiri perzinaan. Manakala org yg bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dgn org yg pernah berzina juga. Mereka tidak layak utk berkahwin dgn org yg beriman. Allah berfirman:

Lelaki yg berzina (lazimnya) tidak ingin berkawin melainkan dgn perempuan yg berzina melainkan dgn perempuan yg berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yg berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dgnnya melainkan oleh lelaki yg sdg berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yg demikian itu terlarang kpd org-org yg beriman.
(Surah al-Nur:3)

Jadi org yg pernah bercinta juga tidak sesuai utk berkahwin dgn org yg tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dr Tuhan.

Jadi org yg bercinta hanya layak berkahiwin dgn org yg pernah bercinta juga?
Itulah psgn yg layak utk dirinya. Krn wanita yg baik adalah utk lelaki yg baik. Lelaki yg baik utk wanita yg baik.

Kami telah berjanji sehidup semati.
Apa ada pd janji cinta? Berapa byk sudah janji cinta yg musnah? Lelaki, jgn diharap pd janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan shj. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap krn ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Si dia ini lain dari yg lain. Dia lelaki yg penyayang dan bertanggungjawab.
Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorg wanita sbg isteri dan seterusnya menjadi ibu yg baik utk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yg baik. Tetapi utk berseronok suka dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan krn ia suatu pelaburan yg menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

Jadi, perempuan yg bercinta, jatuh maruahnya pd pandangan lelaki?
Tentu. Mana ada org lelaki normal suka pd barang yg ?second hand? sedangkan barang yg baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan spt kereta yg diletakkan di show room shj; display only. Tapi ada yg boleh test drive. Ada pula yg kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah kehulu, kehilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya.
Masih adakah org yg tidak bercinta di zmn ini?
Ya, masih ada org yg suci dlm debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hr nanti. Mereka aa psgnnya. Firman Alllah:

Dan org-org lelaki yg memelihara kehormatannya serta org-org perempuan yg memelihara kehormatannya (yg memelihara dirinya drpd melakukan zina)..Allah telah menyediakan bg mereka semuanya keampunan dan pahala yg besar.
(al-Ahzaab:35)

Bagaimana kami?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dgn taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan drNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan utk mendpt redhaNya.

Kami ingin mendpt redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha.
Taubat yg murni. Taubat yg sebenar-benarnya. Taubat yg memuhi 3 syarat:

1. Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yg tidak diredhai Allah ini.
2. Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yg menjurus diri dlm percintaan.
3. Berazam. Bertekad didlm hati tidak akan bercinta lagi dgn sesiapa kecuali dgn seorg yg bernama isteri atau suami. Saatnya adlh slps Ijab Kabul.

Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau maha pengampun dan penerima taubat. Berilah kekuatan kpdku utk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kpdkku perasaan benci kpd maksiat. Hiasilah diriku dgn akhlak yg mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jaga diriku sedari kecil dgn kasih sayang. Mengapa ku curahkan kasih itu kpd org lain. Amin, Ya Rabb.
Moga Allah terima taubatmu.

Kita berpisah krn Allah. Kalau ada jodoh, tidak kemana!
Ya Allah bantulah mereka. Kini mereka dtg kepintuMu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka.

1_617899252l.jpg



'Filter' kepada Kejahilan, 'Ubat' kepada Hati, 'Makanan' kepada Minda.

894BF73446A2F8474B9D6DA8EF5CCCD2.png

d192ebe14e2dafc89237ce49ef86e4ae.png

49cbe177b3af642cdbf6cb07dad1dc09.png

"Kini anda boleh membuat pembelian buku, cd, vcd daripada ikon-ikon terkenal seperti Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood, Dato' Ismail Kamus, Dr Zahazan Mohamed, Dr Irfan Khairi dan ramai lagi. Klik disini http://www.stormreaders.net/galeriilmu

ATAU Mulakan perniagaan menjual buku-buku agama, motivasi, ilmiah dan novel  dari rumah! Sertai sebagai Rakan Pengedar StormReaders2U, dan anda juga akan mempunyai e-store anda sendiri untuk menjana pendapatan tambahan melalui Internet. Kini, ramai yang telah berjaya memperolehi pendapatan tambahan setiap minggu sebagai Rakan Pengedar StormReaders2U.  StormReaders adalah perniagaan berangkaian 100% menurut syariah. Adakah anda berminat? Klik di sini http://www.stormreaders2u.net/r/galeriilmu/

mrushaidin@gmail.com atau nor259@gmail.com

Wednesday, June 30, 2010

summer game kanak2 gaza yang menyedihkan....




'Filter' kepada Kejahilan, 'Ubat' kepada Hati, 'Makanan' kepada Minda.


894BF73446A2F8474B9D6DA8EF5CCCD2.png
QuantumBidadari.blogspot.com

d192ebe14e2dafc89237ce49ef86e4ae.png
GaleriIlmuOnline.blogspot.com

49cbe177b3af642cdbf6cb07dad1dc09.png



"Kini anda boleh membuat pembelian buku, cd, vcd daripada ikon-ikon terkenal seperti Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood, Dato' Ismail Kamus, Dr Zahazan Mohamed, Dr Irfan Khairi dan ramai lagi. Klik disini http://www.stormreaders.net/galeriilmu

ATAU Mulakan perniagaan menjual buku-buku agama, motivasi, ilmiah dan novel dari rumah! Sertai sebagai Rakan Pengedar StormReaders2U, dan anda juga akan mempunyai e-store anda sendiri untuk menjana pendapatan tambahan melalui Internet. Kini, ramai yang telah berjaya memperolehi pendapatan tambahan setiap minggu sebagai Rakan Pengedar StormReaders2U. StormReaders adalah perniagaan berangkaian 100% menurut syariah. Adakah anda berminat? Klik di sini http://www.stormreaders2u.net/r/galeriilmu/

email: mrushaidin@gmail.com atau nor259@gmail.com

Cara beli buku secara online melalui stormreaders



Cara membeli buku secara online melalui stormreaders
Di sini diterangkan cara membeli buku secara online melalui stormreaders bagi memudahkan pembelian

layari http://www.stormreaders.net/galeriilmu

anda boleh juga melayari blog saya di http://galeriilmuonline.blogspot.com, terdapat pelbagai maklumat menarik di sana







'Filter' kepada Kejahilan, 'Ubat' kepada Hati, 'Makanan' kepada Minda.


894BF73446A2F8474B9D6DA8EF5CCCD2.png
QuantumBidadari.blogspot.com

d192ebe14e2dafc89237ce49ef86e4ae.png
GaleriIlmuOnline.blogspot.com

49cbe177b3af642cdbf6cb07dad1dc09.png



"Kini anda boleh membuat pembelian buku, cd, vcd daripada ikon-ikon terkenal seperti Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood, Dato' Ismail Kamus, Dr Zahazan Mohamed, Dr Irfan Khairi dan ramai lagi. Klik disini http://www.stormreaders.net/galeriilmu

ATAU Mulakan perniagaan menjual buku-buku agama, motivasi, ilmiah dan novel dari rumah! Sertai sebagai Rakan Pengedar StormReaders2U, dan anda juga akan mempunyai e-store anda sendiri untuk menjana pendapatan tambahan melalui Internet. Kini, ramai yang telah berjaya memperolehi pendapatan tambahan setiap minggu sebagai Rakan Pengedar StormReaders2U. StormReaders adalah perniagaan berangkaian 100% menurut syariah. Adakah anda berminat? Klik di sini http://www.stormreaders2u.net/r/galeriilmu/

email: mrushaidin@gmail.com atau nor259@gmail.com

Suami Beriman Penjana Isteri Solehah


1_276722594m.jpg
 
 

Sebaik-baik ketenangan dan punca kebahagiaan dalam sesebuah keluarga adalah berpunca dari wanita yang solehah, yang sentiasa patuh pada ajaran islam dan sentiasa mentaati akan suaminya. ALHAMDULILLAH....

Alhamdulillah…
Itulah lafaz yang dilafazkan oleh tok kadi setelah selesai mengijabkabulkan pasangan Ahmad dan Zulaikha.

Hari-hari yang dilalui oleh Ahmad dan Zulaikha berjalan seperti biasa.Mungkin ada kelainan pada Zulaikha . Setelah bergelar isteri , segala tugas dan urusan rumah terpaksa dilakukannya sendiri . Dari menjaga keceriaan rumah sehinggalah kepada menguruskan suami tercinta. Walaupun Zulaikha kini bergelar seorang pensyarah disalah sebuah universiti tempatan ,dia bijak membahagikan masa antara keluarga dan kerjaya. Tidak pernah sekalipun terdengar ditelinga Ahmad tentang keluhan Zulaikha.Yang ada padanya hanyalah senyuman yang benar-benar ikhlas dari seorang isteri kepada suami.


'Sayang , abang kasihan melihat sayang bekerja.Balik sahaja dari mengajar , sayang terpaksa menguruskan rumah , masak untuk abang , cuci pakaian abang dan macam-macam lagi. Jika sayang mahu abang nak carikan seorang pembantu rumah untuk menolong sayang uruskan rumah kita'. Tanya Ahmad pada Zulaikha pada suatu malam. Dengan tersenyum zulaikha menjawab 'tak perlulah semua tu abang.Zulaikha masih kuat lagi . Zulaikha masih boleh uruskan sendiri semuanya . Lagipun itukan tanggungjawab seoarang isteri . Zulaikha lebih suka abang makan makanan yang dimasak oleh Zulaikha sendiri. Zulaikha suka beri suami Zulaikha makan makanan daripada air tangan Zulaikha sendiri , kerana disitulah akan tercetusnya kasih sayang antara suami isteri. Zulaikha tak pernah menyesal menjadi isteri abang , malah Zulaikha berbangga kerana mempunyai seorang suami yang penyayang , prihatin dan beriman macam abang.Cuma satu yang Zulaikha minta dari abang , kasih dan sayangilah Zulaikha sebagaimana Rasulullah S.A.W. mengasihi dan menyayangi isteri baginda Siti Khadijah.'

Ahmad lantas mencium dahi Zulaikha dan memeluknya.'Abang berjanji sayang , abang tidak akan mensia-siakan sayang. Abang rasa bertuah sangat kerana dikurniakan seorang isteri yang bukan sahaja cantik malah tinggi budi pekertinya. Terima kasih sayang kerana sudi menerima abang sebagai teman hidup. 'sama-sama'jawab Zulaikha.

'Abang bangun bang .dah hampir pukul 5.15 pagi ini . Cepatlah bangun kita berjemaah bersama."Zulaikha mengejutkan suaminya.Sementara menunggu suaminya membersihkan diri Zulaikha membentangkan sejadah untuk suaminya. Dia lantas mencapai Al-Quran dan membaca kalimah-kalimah suci Allah . Sungguh merdu suaranya mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Itulah salah satu sebabnya mengapa Ahmad terlalu menyayangi Zulaikha, dia bukan sahaja lincah di dapur malah patuh pada ajaran islam. "Alhamdulillah" ucap Ahmad di dalam hati setiap kali mendengar isterinya melafazkan ayat-ayat Al-Quran. Setelah selasai berjemaah Zulaikha mencium tangan suaminya memohon kemaafan lantas Ahmad mencium dahi Zulaikha. Itulah kebiasaan pasangan ini setiap kali selesai bersolat.

Apabila selesai menanggalkan telekungnya, Zulaikha ingin bergegas kedapur untuk menyiapkan sarapan pagi. Tiba-tiba sahaja dia rasa pening , tekaknya terasa mual , dia bergegas ke tandas lantas dia menghamburkan segala apa yang dimakannya semalam. Ahmad yang menyadari hal itu bergegas ketandas dan terus mamicit tengkuk Zulaikha dengan niat untuk meredakan mual isterinya itu. 'Kenapa ini sayang? , sayang tak sihat ke?, Kenapa tak cakap pada abang yang sayang tak sihat kalau tak….. belum pun sempat Ahmad menhabiskan kata-katanya Zulaikha jatuh pengsan dalam pelukannya. . Ahmad terkejut lantas dia merangkul Zulaikha yang tidak sedarkan diri itu masuk ke dalam kereta. 'ya allah ya tuhanku , walau apa pun tejadi kau selamatkanlah isteri ku ini , amin"doa Ahmad. Dengan segala kekuatan yang ada, ahmad beristighfar dan memecut keretanya. Tujuannya hanya satu ,dia ingin cepat sampai ke hospital . Semuanya kerana isteri yang amat dicintainya.

Setalah setengah jam menunggu di luar , doctor yang merawat Zulaikha keluar.Ahmad bergegas mendapatkan doctor untuk mengetahui keadaan isterinya. "Tahniah encik Ahmad anda bakal bergelar seorang bapa" ulas doctor itu sambil tersenyum. Ahmad lantas menadah tangan kepada ilahi mengucap kesyukuran.

Kini sudah 9 bulan Zulaikha mengandungkan benih Ahmad. Setiap malam Ahmad akan mendendangkan ayat – ayat suci Al-Quran kepada anak yang bakal lahir nanti."insyaallah anak kita akan menjadi seorang anak yang soleh , patuh pada ajaran islam , taat pada ummi dan abbinya kelak"kata Ahmad setelah dia selesai membaca ayat-ayat suci Al-Quran pada suatu malam. Zulaikha hanya tersenyum apabila Ahmad mencium perutnya.

"Abang jika apa-apa terjadi pada Zulaikha semasa Zulaikha hendak lahirkan anak kita nanti abang jagalah anak kita dengan baik . Satu lagi jika abang nak mencari pengganti Zulaikha izinkan."bicara Zulaikha apabila mereka sedang beristirehat di halaman rumah mereka.Ahmad lantas meletakkan jarinya di bibir Zulaikha. "Kenapa sayang cakap macam ini . Sayang dan tak kasihankan abang ke. Abang tak nak kehilangan sayang . Abang terlalu sayangkan sayang.Dan satu lagi insyaallah isteri abang hanya satu dan tidak ada penggantinya. Isteri abang hanya Zulaikha Marshida buat Zulkifli."jawab Ahmad tegas. Ahmad lantas memeluk isterinya dan tanpa segan silu dia menagis di bahu isterinya.

"Abang Kenapa ini? Zulaikha Cuma mengingatkan sahaja.walau apa pun terjadi abang kena redho.Itu ketentuan ilahi. Kita manusia hanya mampu merancang , tuhanlah yang akan menentukan segalanya."balas Zulaikha.

Tiba-tiba sahaja Zulaikha rasa perutnya memulas.Semakin ditahan semakin sakit jadinya.Zulaikha mengerang kesakitan. Ahmad terkejut. "Kenapa sayang"

"Tak tahulah abang mungkin dah tiba masanya kut "balas Zulaikha tersekat-sekat menahan kesakitan . Ahmad merangkul isterinya kedalam kereta dan bergegas kehospital.Setibanya dihospital Zulaikha terus dibawa masuk ke bilik bedah. Ahmad sentiasa berada di sisi Zulaikha untuk memberi semangat kepada isterinya. Ahmad membaca surah Maryam di telinga Zulaikha untuk memudahkan kelahiran. Ahmad tak mampu menahan sebak dihati melihat kepayahan Zulaikha melahirkan zuriatnya. Berkali-kali Ahmad mencium pipi dan dahi isterinya. Jika boleh bertukar tempat di kala itu mahu sahaja Ahmad menggantikan tempat isterinya. Patutlah kata orang , sakit semasa melahirkan ibarat sebelah kaki didalam kubur."ya allah ya tuhan ku kau selamatkanlah isteri dan anakku ini , amin". Doa Ahmad didalam hati.

Setengah jam berlalu terdengarlah tagisan bayi. Alhamdulillah ucap Ahmad. Kata doctor anakku adalah kembar.Lima minit kemudian seorang lagi anakku telah menjengah dunia.Zulaikha juga selamat. ALHAMDULILLAH.

Setelah siap anak-anak dibersihkan Ahmad menqhamadkan anak-anaknya.Anak yang sulung diberi nama Iman Muhammad Firdaus bin Ahmad Kamal dan anak yang kedua diberi nama Iman Ainul Raudhah buat Ahmad Kamal. Ahmad memberi Firdaus kepada Zulaikha untuk disusukan sementara Ainul Raudhah diribaannya. Ainul Raudhah seperti memahami yang gilirannya untuk disusukan akan tiba selepas abangnya. Dia sedikitpun tidak merengek. Dalam masa yang sama ahmad memanjatkan kesyukuran kerana dalam masa yang sama dia telah dikurniakan dua orang anak sekali gus…ALHAMDULILLAH."Terima kasih sayang kerana bersusah payah untuk melahirkan zuriat kita"ucap Ahmad lantas mencium dahi isterinya dan memeluknya erat.


'Filter' kepada Kejahilan, 'Ubat' kepada Hati, 'Makanan' kepada Minda.

894BF73446A2F8474B9D6DA8EF5CCCD2.png


"Kini anda boleh membuat pembelian buku, cd, vcd daripada ikon-ikon terkenal seperti Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood, Dato' Ismail Kamus, Dr Zahazan Mohamed, Dr Irfan Khairi dan ramai lagi. Klik disini http://www.stormreaders.net/galeriilmu

ATAU Mulakan perniagaan menjual buku-buku agama, motivasi, ilmiah dan novel  dari rumah! Sertai sebagai Rakan Pengedar StormReaders2U, dan anda juga akan mempunyai e-store anda sendiri untuk menjana pendapatan tambahan melalui Internet. Kini, ramai yang telah berjaya memperolehi pendapatan tambahan setiap minggu sebagai Rakan Pengedar StormReaders2U.  StormReaders adalah perniagaan berangkaian 100% menurut syariah. Adakah anda berminat? Klik di sini http://www.stormreaders2u.net/r/galeriilmu/

mrushaidin@gmail.com atau nor259@gmail.com

Isteri setia sanggup berkorban bagi mendukung perjuangan Rasulullah

Isteri setia sanggup berkorban bagi mendukung perjuangan Rasulullah

Oleh Mohd Zamri Shafie


ukhuwah.jpg vol29p317qz.jpg

SIFAT isteri salihah dan keibuan Ummul Mukminin Saidatina Khadijah Khuwailid adalah contoh terbaik ibu mithali yang mempunyai sifat seperti cantik, kaya, cergas, cerdas, dermawan dan berketurunan mulia.

Selain itu, beliau adalah seorang 'al-wadud al-walud' iaitu wanita penyayang dan subur. Hasil perkongsian hidup beliau dengan Rasulullah SAW, dikurniakan empat puteri dan tiga putera.

Sifat isteri salihah dan keibuan boleh dicontohi dan dijadikan iktibar daripada perjalanan hidup Saidatina Khadijah antaranya:

  • Tenang dan menenangkan jiwa Rasulullah SAW di kala sedih dan gelisah. Diriwayatkan kehebatan Saidatina Khadijah ialah beliau seorang yang tenang dan berjaya menenangkan Rasulullah SAW selepas menerima wahyu pertama di Gua Hira'.

    Baginda Nabi SAW yang berada dalam keadaan ketakutan dan gementar ditenangkan Saidatina Khadijah dengan katanya: "Demi Allah, Allah tidak akan menyusahkan dirimu selama-lamanya. Bergembira dan teguhkanlah hatimu. Sesungguhnya engkau seorang yang suka menyambung tali persaudaraan, suka menanggung beban orang (yang kurang bernasib baik), menghormati tetamu, memberikan sesuatu kepada orang yang tidak mampu, bercakap benar dan memberikan bantuan kepada mereka yang ditimpa bencana".

    Kata-kata lemah lembut dan manis inilah yang membuatkan hati Baginda tenang. Perasaan takut yang terbaca di raut wajah Rasulullah SAW hilang berganti cerah dan terang.

    Selepas peristiwa di Gua Hira' yang menandakan Nabi Muhammad SAW dilantik menjadi Rasul Allah, maka dengan tidak ada sebarang keraguan di hati Saidatina Khadijah untuk menerima Islam.

    Ummul Mukminin ini penyokong kuat Rasulullah SAW dalam menggerakkan usaha dakwah. Beliau pembela paling setia dan sanggup mengorbankan seluruh jiwa raga, harta dan perasaannya demi kejayaan perjuangan Rasulullah SAW.

    Wanita yang diberi gelaran Ummul Mukminin (Ibu bagi mukmin) adalah seorang yang hebat untuk dijadikan Ibu Mithali bagi setiap individu Muslim.

  • Mendukung perjuangan suaminya Rasulullah SAW dengan semangat dan jiwa seorang pejuang, berpaksikan kepada kekuatan iman. Walaupun secara fizikalnya, Saidatina Khadijah tidak mengalami gangguan dan ancaman kaum Musyrikin, tetapi sebagai seorang wanita, beliau turut berasakan penderitaan dan kesedihan jika suaminya menerima tentangan dahsyat dalam menyebarkan dakwah Islam.
  • Menghadapi saat suka duka dan susah senang bersama Rasulullah SAW. Perkara ini dapat disaksikan dalam peristiwa pemulauan dilakukan oleh kafir Musyrikin terhadap Bani Hasyim dan Bani Mutalib selama tiga tahun.

    Beliau sanggup meninggalkan segala kemewahan demi keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya. Sejuta jasa ditaburnya untuk memberikan perlindungan dan pembelaan kepada suaminya dalam melaksanakan tugas kerasulannya.

    Pahit getir dalam menempuh hidup sebagai pejuang Allah dirasakannya. Pelbagai ugutan dan cabaran diharungi bersama Baginda lantaran demi cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.

    Jasanya dikenang Rasulullah SAW selepas beliau pergi dijemput menemui Allah SWT. Diriwayatkan pada suatu hari Khaulah Binti Hakim bertanyakan baginda: "Wahai Rasulullah, apakah engkau kesepian berpisah dengan Khadijah? Rasulullah SAW menjawab dengan katanya: "Ya! Demi Allah, Khadijah itu pentadbir dan suri rumah yang baik".

    Selepas itu, baginda memperisterikan Saudah Binti Zum'ah dan Saidatina Aisyah. Ingatan Baginda terhadap Saidatina Khadijah juga amat mendalam sehinggakan Saiditina Aisyah berasa cemburu terhadap Khadijah.

    Dalam satu riwayat diceritakan bahawa pada suatu hari, Halah Binti Khuwailid, saudara perempuan Khadijah datang menemui Baginda dengan penuh adab kesopanan seperti adab Khadijah meminta izin mengadap Rasulullah SAW. Baginda berasa gembira melihat perlakuan Halah dan mengungkapkan: "Ya Allah, Halah Binti Khuwailid".

    Mendengar ucapan itu Aisyah cemburu dan berkata: "Kenapa engkau masih mengingati wanita Quraisy yang sudah tua, bermulut merah dan sudah tiada. Bukankah Allah sudah memberikan kepadamu pengganti, isteri yang lebih baik daripadanya?" Lantas Baginda menjawab: "Tidak! Beliau beriman ketika orang lain mengingkariku. Beliau mempercayaiku ketika orang lain mendustakanku. Beliau membantuku dengan hartanya, ketika orang lain tidak memberiku apa-apa. Allah mengurniakan aku anak darinya, tidak daripada isteri yang lain."

  • Keutamaan Khadijah di sisi Allah dan Rasul-Nya dipandang tinggi. Diriwayatkan bahawa Allah menyampaikan salam-Nya kepada Khadijah ketika hidupnya melalui Jibril yang disampaikan kepada Nabi SAW.

    Baginda menyampaikan salam itu: "Wahai Khadijah, sesungguhnya Jibril sudah menyampaikan salam kepadamu dari Allah Rabbil 'Alamin". Khadijah menjawab salam itu dengan katanya: "Allah Maha Penyelamat, daripada-Nya keselamatan dan kepada-Nya pula kembali keselamatan. Semoga keselamatan atas Malaikat Jibril."

    Ibn Abbas menceritakan keutamaan Saidatina Khadijah pada kaca mata Rasulullah SAW amat tinggi. Diriwayatkan pada suatu hari Rasulullah SAW membuat garis di atas tanah, Baginda pun bertanya kepada sahabat: "Adakah kamu sekalian mengetahui mengenai ini?" Sahabat menjawab: "Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui."

    Baginda pun bersabda: "Sebaik-baik wanita di dunia ini ada empat orang iaitu Maryam Binti Imran, Asiyah puteri Muzahim (isteri Firaun), Khadijah Binti Khuwailid dan Fatimah Binti Muhammad."

    INTI PATI
    Saiditina Khadijah

  • Seorang yang tenang dan berjaya menenangkan Rasulullah SAW ketika menerima wahyu pertama di Gua Hira' selain penyokong kuat Rasulullah SAW dalam menggerakkan usaha dakwah.
  • Pembela paling setia dan sanggup mengorbankan seluruh jiwa raga, harta dan perasaannya demi kejayaan perjuangan Rasulullah SAW.
  • Meninggalkan segala kemewahan demi keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya serta memberikan perlindungan dan pembelaan kepada suaminya.
  • Sanggup mengharungi pelbagai ugutan dan cabaran bersama Baginda lantaran demi cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.

  • Isteri Solehah Pasti Pelihara 10 Sifat

    ISTERI SOLEHAH PASTI PELIHARA 10 SIFAT
    Oleh Dr Hafidzah Mustakim

    210982287l.jpg soleh.jpg

    Ikutilah rencana berdasarkan tajuk di atas yang telah saya petik dari akhbar harian untuk renungan bersama.

    DALAM satu program wanita, seorang ibu berumur lewat usia 40-an berbual mesra sambil bertanya kepada saya: �Diam tak diam, saya dah nak dapat menantu lelaki. Along Hasanah akan berkahwin bulan depan, kita ni terlalu sibuk dengan kerjaya dan kehidupan, sehingga tidak perasan anak dah semakin besar dan akan berumah tangga.�

    Saya membalas : �Kita perlu mengingat dan membekalkan nasihat yang pernah kita peroleh dulu daripada orang berpengalaman dan berilmu kepada mereka.

    "Dulu pernah mendengar, pada masa mula-mula hendak kahwin. Tetapi, apa salahnya kita dengar untuk kesekian kalinya. Ia menjadi kata-kata hikmat dan pengajaran yang lebih bermakna. Kita dan ramai kawan masa muda-muda masih ingat nasihat itu.�

    Perbualan saya dengan wanita itu mengingatkan kepada wasiat seorang ibu solehah pada zaman kegemilangan Islam.

    Mari hayati pesanan isteri �Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

    �Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.

    Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

    Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.

    m_cb8fb255bd044faeb0f7c110ef8aa672.jpg 1_480688242m.jpg

    Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

    Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

    Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

    Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

    Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

    Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

    Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

    Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

    Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.�

    Nasihat di atas seharusnya diterima dengan beberapa asas penting:

    l Suami yang dicari adalah suami yang beriman lagi taat kepada perintah Allah.

    l Ketaatan kepada suami adalah wajib dengan syarat beliau tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah.

    l Begitulah hukum Allah, di sana sentiasa ada �dua bahagian muka syiling�. Kalau diperhati setiap nasihat di atas, perbuatan kita yang positif akan menghasilkan reaksi dan tindak balas positif juga dengan izin Allah.

    Saya sering mengingatkan diri sendiri sebagai isteri dari muda hingga sekarang dan masih sangat mempercayai bahawa: "Kita hanya boleh mengubah diri sendiri. Percayalah apabila kita berubah, persekitaran dan orang di sekeliling juga akan berubah secara positif.�

     
    'Filter' kepada Kejahilan, 'Ubat' kepada Hati, 'Makanan' kepada Minda.

    894BF73446A2F8474B9D6DA8EF5CCCD2.png
    QuantumBidadari.blogspot.com

    d192ebe14e2dafc89237ce49ef86e4ae.png
    GaleriIlmuOnline.blogspot.com

    49cbe177b3af642cdbf6cb07dad1dc09.png
    JihadBisness.blogspot.com

    "Kini anda boleh membuat pembelian buku, cd, vcd daripada ikon-ikon terkenal seperti Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood, Dato' Ismail Kamus, Dr Zahazan Mohamed, Dr Irfan Khairi dan ramai lagi. Klik disini http://www.stormreaders.net/galeriilmu

    ATAU Mulakan perniagaan menjual buku-buku agama, motivasi, ilmiah dan novel  dari rumah! Sertai sebagai Rakan Pengedar StormReaders2U, dan anda juga akan mempunyai e-store anda sendiri untuk menjana pendapatan tambahan melalui Internet. Kini, ramai yang telah berjaya memperolehi pendapatan tambahan setiap minggu sebagai Rakan Pengedar StormReaders2U.  StormReaders adalah perniagaan berangkaian 100% menurut syariah. Adakah anda berminat? Klik di sini http://www.stormreaders2u.net/r/galeriilmu/

    email: mrushaidin@gmail.com atau nor259@gmail.com

    Beutiful Qoutes

    i+love+Allah.jpg

    Dear Allah,
    I'm writing to say I'm sorry
    For being angry yesterday
    When you seemed to ignore my prayer
    And things didn't go my way

    First, my car broke down
    I was very late for work
    But I missed that awful accident
    Was that your handiwork?

    I found a house I loved
    But others got there first
    I was angry, then relieved
    When I heard the pipes had burst!

    Yesterday, I found the perfect dress
    But the color was too pale
    Today, I found the dress in red
    Would you believe, it was on sale!

    I know you're watching over me
    And I'm feeling truly blessed
    For no matter what I pray for
    you always know what's best!

    I have this circle of E-mail friends,
    Who mean the world to me;
    Some days I "send" and "send",
    At other times, I let them be.

    When I see each name download,
    And view the message they've sent;
    I know they've thought of me that day,
    And "well wishes" were their intent.

    I am so blessed to have these friends,
    With whom I've grown so close;
    So this little poem I dedicate to them,
    Because to me they are the "Most"!

    So to you, my friends, I would like to say,
    Thank you for being a part;
    Of all my daily contacts,
    This comes right from my heart.

    May Allah bless you all in my prayer today,
    I'm honored to call you "friend";
    I pray that Allah will keep you safe,
    Until we write again.

    May Allah be with you always.



    'Filter' kepada Kejahilan, 'Ubat' kepada Hati, 'Makanan' kepada Minda.


    894BF73446A2F8474B9D6DA8EF5CCCD2.png
    QuantumBidadari.blogspot.com

    d192ebe14e2dafc89237ce49ef86e4ae.png
    GaleriIlmuOnline.blogspot.com

    49cbe177b3af642cdbf6cb07dad1dc09.png

    "Kini anda boleh membuat pembelian buku, cd, vcd daripada ikon-ikon terkenal seperti Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood, Dato' Ismail Kamus, Dr Zahazan Mohamed, Dr Irfan Khairi dan ramai lagi. Klik disini http://www.stormreaders.net/galeriilmu

    ATAU Mulakan perniagaan menjual buku-buku agama, motivasi, ilmiah dan novel  dari rumah! Sertai sebagai Rakan Pengedar StormReaders2U, dan anda juga akan mempunyai e-store anda sendiri untuk menjana pendapatan tambahan melalui Internet. Kini, ramai yang telah berjaya memperolehi pendapatan tambahan setiap minggu sebagai Rakan Pengedar StormReaders2U.  StormReaders adalah perniagaan berangkaian 100% menurut syariah. Adakah anda berminat? Klik di sini http://www.stormreaders2u.net/r/galeriilmu/

    email: mrushaidin@gmail.com atau nor259@gmail.com
    Related Posts with Thumbnails