Friday, June 10, 2011

PERISAI KEBAL MENGHADAPI ILMU HITAM

SIHIR / PUKAU / SANTAU
(PERISAI KEBAL MENGHADAPI ILMU HITAM)

ANGKARA SIHIR DAN KESANNYA

Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya.

Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.

Terdapat pelbagai jenis sihir yang terjadi dalam masyarakat kita, antaranya seperti berikut:

1. SIHIR PEMISAH

Takrif dan pengertiannya:

  • Memutuskan hubungan anak dan ibu.
  • Memutuskan hubungan anak dan ayah.
  • Memutuskan hubungan seseorang dengan saudaranya.
  • Memutuskan hubungan seseorang dengan kawannya.
  • Memutuskan hubungan antara dua rakan kongsi.
  • Memisahkan antara suami dan isterinya.

Tanda-tanda sihir pemisah:

  • Perubahan secara tiba-tiba dari sayang menjadi benci.
  • Berlaku keraguan melampau antara suami isteri.
  • Enggan memohon maaf.
  • Membesar-besarkan perselisihan yang kecil.
  • Suami melihat isterinya berwajah hodoh dan sebaliknya.
  • Benci kepada setiap perbuatan yang dilakukan oleh pasangan.

2. ILMU GUNA-GUNA

Sihir ini juga dikenali sebagai Ilmu Pengasih atau Pemikat.

Tanda-tanda:

  1. Asamara cinta yang keterlaluan.
  2. Berubah secara spontan dari benci kepada suka.
  3. Cenderung melakukan hubungan seksual.
  4. Sukar mengawal cinta.
  5. Rindu bayang yang berlebihan.
  6. Patuh secara membuta tuli tanpa dapat dikawal.
  7. Mimpi bersetubuh dengan orang yang menyihirnya.
  8. Menjadi tumpuan orang ramai walaupun tidak seberapa (kedai).

Sebab-sebab:

  • Timbulnya berbagai-bagai perselisihan antara suami isteri.
  • Mencuba dan ingin tahu.
  • Perasaan cemburu, cemas jika suaminya akan berkahwin lagi.
  • Melakukan aniaya terhadap wanita yang pernah menghampanya.
  • Melariskan peniagaan.
  • Mendapatkan pengikut.

Kesan-kesannya:

  • Adakalanya seorang suami akan menanggung sakit dalam jangka masa yang lama.
  • Adakalanya kesan daripada sihir itu tersasar atau tersalah tuju sehingga suami membenci isterinya. Ini akibat daripada sesetegah tukang sihir yang tidak mahir menggunakan sihir tersebut.
  • Adakalanya seorang isteri mengenakan sihir beberapa kali supaya suaminya hanya sayang kepadanya sehingga menyebabkan suami membenci ibu, saudara mara perempuan dan semua wanita yang ada hubungan kekeluargaan.

SIHIR YANG DIHALALKAN

Berhias dan mencantikkan diri di hadapan suami. Menjaga supaya suaminya tidak melihat sesuatu yang buruk darinya, tidak mencium bau yang tidak enak, selalu senyum manis, berkata baik, lembut, menjaga harta suami, menjaga anak-anak dengan kasih sayang, mentaatinya selagi tidak menyuruh perkara maksiat kepada Allah.

3. SIHIR MEMPERDAYAKAN PANDANGAN (SILAP MATA)

Tukang sihir membawa sesuatu, kemudian mengucapkan jampi-unsur syiriknya dan azimat-azimat kekufuran lalu meminta bantuan syaitan sehingga orang ramai melihat sesuatu itu tidak sebagaimana hakikat sebenar.

Tanda-tanda Hinopsis:

  • Orang melihat benda yang diam seolah-olah bergerak atau sebaliknya.
  • Melihat yang kecil menjadi besar atau sebaliknya.
  • Seperti melihat tali dan tongkat menjadi ular yang bergerak dan merayap ke arah nabi Musa.
  • Seperti kain / api berubah menjadi burung.

4. SIHIR YANG MEMBUAT GILA

Tanda-anda Sihir Gila:

  • Binggung dan lupa sesuatu.
  • Kacau dalam perbicaraan.
  • Mata kuyu (moyok).
  • Tidak boleh tenang di satu tempat.
  • Tidak boleh tetap melakukan pekerjaan tertentu.
  • Tidak mengambil berat tentang penampilan (selekeh).
  • Sampai kesatu tahap ia tidak sedar dirinya sedang berjalan dan tidur di tempat-tempat sunyi.

5. SIHIR MEMBUAT ORANG TIDAK BERMAYA

Tanda-Tanda:

  • Suka berseorangan / menyendiri.
  • Tidak bercakap / pendiam.
  • Tidak suka berjumpa orang.
  • Fikiran meracau / terganggu.
  • Selalu pening.
  • Selalu lesu dan tidak bermaya.
  • Hilang semangat apabila tiba di tempa kerja.

6. SIHIR MENDENGAR PANGGILAN

Tanda-tandanya:

  • Selalu mengalami mimpi ngeri.
  • Bermimpi mendengar orang memanggil nama.
  • Mendengar suara-suara yang bercakap kepadanya dalam keadaan jaga tidak melihat orangnya.
  • Selalu was-was.
  • Selalu syak wasangka terhadap teman dan orang-orang yang mencintainya.
  • Mimpi seolah-olah jatuh dari tempat tinggi.
  • Mimpi melihat haiwan yang mengejarnya.

Bagaimana Sihir Ini Dilakukan?

Tukang sihir mengirimkan jin yang diberikan tugasnya untuk mengganggu mangsa pada waktu tidur dan jaga, kemudian jin itu menampakkan dalam diri dalam tidur berupa berbagai-bagai haiwan buas yang mengancamnya atau memanggilnya, ketika jaga mangsa mendengar suara seseorang yang dikenalinya atau mangsa mendengar suara-suara aneh.

7. SIHIR MEMBUAT PENYAKIT

Tanda-tandanya:

  • Selalu sakit pada salah satu anggota badan.
  • Saraf tersumbat.
  • Lumpuh salah satu anggota tubuh.
  • Tidak berfungsi salah satu pancaindera.
  • Lumpuh keseluruhan badan.

Bagaimana Berlakunya Sihir ini?

Jin akan ditugaskan menetap di otak, benar-benar di tempat yang dikehendaki tukang sihir seperti di pusat pendengaran, penglihatan dan sebagainya. Ketika itu, aggota tubuh mangsa berada di antara 3 keadaan:

  1. Menghalang isyarat-isyarat / arahan otak sampai kepada anggota tubuh sehingga anggota tubuh tidak berfungsi menyebabkan mangsa menjadi bisu, buta, tuli dan lumpuh.
  2. Membiarkan tubuh berfungsi dan kadangkala menghalangnya daripada berfungsi.
  3. Membiarkan otak memberikan isyarat melampau dan cepat anggota tubuh mangsa menjadi kaku dan tidak bergerak walaupun tidak sampai ketahap lumpuh.

8. SIHIR PENDARAHAN

Sihir ini hanya berlaku kepada wanita. Jin itu diberikan tugas untuk mengeluarkan darah, di mana jin akan berjalan bersama-sama aliran darah. Sabda Rasullullah (s.a.w.): "Syaitan berjalan dalam tubuh manusia melalui peredaran darah".

Pengertian Pendarahan

Dikenali oleh ahli feqah sebagai darah istihadah dan dikalangan doktor biasanya disebut pendarahan. Kemungkinan pendarahan ini berlangsung hingga beberapa bulan tidak kira sedikit atau banyak.

9. SIHIR MENAHAN PERNIKAHAN

Tanda-tandanya:

  • Pening kepala yang berterusan, sekalipun diberikan ubat oleh doktor.
  • Sesak di dada terutamanya selepas asar hingga tengah malam.
  • Melihat pelamar bermuka hodoh.
  • Banyak berfikir (fikiran melayang)
  • Selalu gelisah waktu tidur.
  • Selalu rasa sakit di perut.
  • Rasa sakit di tulang punggung bahagian bawah.

Cara berlakunya Sihir ini

Jin akan ditugaskan melakukan satu di antara dua:

  • Masuk ke dalam tubuh wanita menyebabkan dia benci kepada setiap calon suami yang melamarnya.
  • Jin menukarkan wajah lelaki yang ingin melamarnya berwajah buruk.

SIHIR PUKAU

TANDA-TANDA TERKENA SIHIR PUKAU:

  • Melihat sesuatu tidak sebagai sebenarnya seperti melihat benda kecil menjadi besar atau sebaliknya.
  • Melihat wajah yang cantik menjadi buruk atau sebaliknya.
  • Menjadi bingung, tidak boleh bercakap dan menuruti permintaan seseorang walaupun tidak dengan kerelaan hati.
  • Tidak sedar akan diri sendiri walaupun ditanya sesuatu yang berkaitan tentang dirinya
  • Rasa mengantuk yang terlalu luar biasa.
  • Rasa begitu tertekan sehingga fikiran menjadi buntu.
  • Rasa benci terhadap orang yang patut disayangi seperti suami isteri.
  • Rasa kasih yang keterlaluan terhadap seseorang.
  • Berjalan menuju ke suatu tempat dalam keadaan tidak sedar atau ketika tidur.

PUKAU BOLEH BERLAKU MELALUI:

  • Hembusan asap rokok.
  • Tenungan mata.
  • Perbualan.
  • Minuman
  • Handphone (percakapan dan sms).
  • Membuang najis dan membuang pakaian buruk di hadapan rumah.

PUNCA SIHIR:

  • Masalah perniagaan seperti berkedai, berjaja, kontraktor dan sebagainya.
  • Putus pertunangan.
  • Masalah pertunangan yang tidak ditunaikan.
  • Rebutan pangkat kedudukan dalam masyarakat.
  • Rebutan harta pusaka.
  • Irihati dengan jiran-jiran sebelah.
  • Cemburu, jahat sangka dan seumpamanya.
  • Mencuba kehebatan ilmu.
  • Mendapatkan keuntungan duniawi.

MELINDUNGI DIRI DARIPADA GANGGUAN DAN SIHIR:

  • Sentiasa berzikir dengan zikir yang diwariskan oleh naib s.a.w.
  • Menyebut nama Allah dalam setiap pekerjaan.
  • Menyebut nama Allah setiap kali masuk ke dalam tempat gelap.
  • Jangan menyakiti binatang seperti anjing dan kucing.
  • Jangan tidur bersendirian, jika terpaksa berwuduklah dan membaca doa sebelum tidur.
  • Jangan membuang air kecil ke mana-mana lubang atau takungan air.
  • Jangan membunuh ular yang masuk kedalam rumah sesewang-wenangnya.
  • Jangan mendedahkan aurat kasar didalam rumah dan jangan selalu bersolek dan berhias kerana timbul rasa ghairah jin jantan terhadap wanita itu.
  • Jangan membuang benda berat tanpa menyebut nama Allah.


--
'Filter' kepada Kejahilan, 'Ubat' kepada Hati, 'Makanan' kepada Minda. Galeri Ilmu Online anda.


1508390314040910094109.jpg 

 

[Download senarai buku Stormreaders]
disini: http://senaraibukustormreaders.blogspot.com
[AqiqahKorban] http://www.rahsia-ebook.com/AqiqahKorban
[Susu Kambing Segar Perisa Coklat/Yogurt] skudaisusukambingsegar.blogspot.com/

Monday, April 11, 2011

Doa Buat Si Kecil...

IMG0069B.jpg
Hinnah Faquza, isteri kepada Imran sewaktu telah lanjut usianya telah melihat seekor burung memberi makan pada anaknya... Terlintas dalam fikirannya untuk mendapat anak... Dia bernazar kepada ALLAH sekiranya mendapat anak lelaki akan disuruh untuk memberi khidmat kepada Baitul Maqdis...

ALLAH telah memakbulkan doanya tetapi dikurniakan... untuknya anak perempuan........ Nama yg diilhamkan ALLAH untuk diberikan ialah Mariam yg bermakna kuat ibadah dan khidmatnya untuk ALLAH. Juga dinamakan dgn keyakinan akan menjadi wanita yg paling tinggi kedudukan disisi ALLAH SWT.

Munajatnya kpd ALLAH ialah ayat diatas.... memohon kasihNya agar dijaga Marian dan keturunanya drp syaitan yg dilaknat....

Abu Hurairah berkata; Aku dengar Nabi SAW b'sabda:

"Setiap anak yg dilahirkan akan diganggu oleh syaitan melainkan Mariam kerana doa yg dibacakan oleh ibunya itu"....

- Petikan Doa dari buku 101 Doa Para Nabi dan Rasul dalam Al Quran- Tulisan Ustaz Zahazan Mohamed-

إِنِّىٓ أُعِيذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَا مِنَ ٱلشَّيۡطَـٰنِ ٱلرَّجِيمِ

... aku perlindungkan dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan) - Ali Imran: 36
catatan for our new best friend.... Raudhah Safiyyah...


Sunday, March 13, 2011

[Stormreaders] Hadis minggu ini - Siapakah Orang yang gagah?

Daripada Abu Hurairah R.A:

Bukanlah orang gagah itu, orang yang kuat bertinju. Akan tetapi orang yang gagah adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.
 
~Al Bukhari & Muslim

--------------------------------------------------------------------------
 
'Filter' kepada Kejahilan, 'Ubat' kepada Hati, 'Makanan' kepada Minda. Galeri Ilmu Online anda.


1508390314040910094109.jpg 

 

[Download senarai buku Stormreaders]
disini: http://senaraibukustormreaders.blogspot.com
[AqiqahKorban] http://www.rahsia-ebook.com/AqiqahKorban
[Susu Kambing Segar Perisa Coklat/Yogurt] skudaisusukambingsegar.blogspot.com/

Wednesday, March 9, 2011

Berdebar Menanti Hari Doaku Diangkat

Assalammualaikum wbt kepada semua pembaca entry ini

Moga kalian sihat dari semua segi.... inshaALLAH...

images?q=tbn:ANd9GcTITSg_y0XnIvRJ95ZXOdO9iA_d4JPT4t5lHBxnR0U7uzSARAsI8A

Impianku Menjejakkan Kaki di Tanah Suci-Mu

Tak pernah seumur hidup ini, saya mengirim doa kepada orang yang pergi ke tanah suci Mekah.
Tapi, kali ini, seorang teman di lab (master student CBE) mempelawa saya untuk melakukan sedemikian.
Dia menyuruh saya menulis doa di atas sekeping kertas...

Ohh... blurnya otak... memikirkan; doa apa yg hendak dikirim....
Selama ini... saya hanya menunggu kedatangan bulan Ramadhan...
Bulan dimana segala hajat saya akan dikabulkan...
Sebelum Ramadhan datang; saya dah siapkan list hajat2 saya n_n
Seingat pengalaman saya; memang ALLAH bagi "cash".....
Seronok dan bertambah yakin dengan janji ALLAH; itulah perasaan saya...

Selama 2 hari, saya memikirkan tentang doa yang hendak dikirim...
Dalam hati, berkata; Ya ALLAH, berilah aku petunjuk agar aku jadi orang yang beruntung
Idea, tak juga kunjung tiba.... dan akhirnya; hari ini saya menulis doa ini....
Inilah doa yang terlintas difikiran....
Terima kasih ALLAH sebab memberiku petunjuk....
Doa ini, saya mulakan dengan doa Nabi Musa ketika baginda pulang ke kaumnya dari Gunung Sinai

Sebenarnya, hati rasa berdebar2... menanti hari.... dimana doa saya diangkat disuatu daerah
yang paling suci didalam dunia ini.....

Moga ALLAH perkenankan hajatku ini.... Aaaaaamin


Ya ALLAH,
ampunilah segala dosa-dosaku,
dosa kedua ibubapaku dan
dosa saudara-saudaraku
masukkan kami ya ALLAH ke dalam rahmatMu
sungguh, Engkau Maha Penyayang dari semua yang penyayang

Ya ALLAH,

jadikan aku seorang anak yang solehah
isteri yang solehah, ibu yang mithali
jadikan suamiku seorang anak yang soleh
suami yang soleh
seorang ayah yang pengasih seperti Rasulullah

Ya Allah,
peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam kandunganku,
sihatkanlah dia, ya ALLAH
Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu,
Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
sempurnakan dia yang ada dikandunganku dengan rupa yang baik
tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu.

Ya Allah,
keluarkanlah dia dari kandunganku dengan mudah dan selamat.

Ya Allah
jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah,
panjangkanlah umurnya,
sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya,
baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W,
dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

Ya ALLAH,
perkenankanlah hajat hambaMu yang fakir ini
sungguh Engkaulah Penguasa Yang Paling Agung
Pengabul Segala Hajat


Aaaamin

-- -----------------------------------------------------------------------------------------
'Filter' kepada Kejahilan, 'Ubat' kepada Hati, 'Makanan' kepada Minda. Galeri Ilmu Online anda.


1508390314040910094109.jpg 

 

[Download senarai buku Stormreaders]
disini: http://senaraibukustormreaders.blogspot.com
[AqiqahKorban] http://www.rahsia-ebook.com/AqiqahKorban
[Susu Kambing Segar Perisa Coklat/Yogurt] skudaisusukambingsegar.blogspot.com/

Tuesday, February 8, 2011

Adab Malam Pengantin

181603_165321816851712_149202158463678_435316_272261_n.jpg

Adab Malam Pengantin adalah tuisyen segera untuk kemahiran menghadapi malam pengantin dalam bentuk yang sangat beradab, suci dan mengikut syariat Islam. Anda tidak perlu menyorok-nyorok untuk belajar ilmu seindah malam pengantin ini. Bukan itu sahaja malah disediakan juga ilustrasi yang jelas dan telus tetapi tidak memalukan. Sesiapapun boleh membaca buku ini, malah boleh juga dijadikan hadiah yang sangat bermakna untuk majlis perkahwinan. Anda boleh khatamkan ilmu malam pengantin dalam masa 20 minit sahaja.

Penulis: Prof Emeritus Dr. Mohd Ismail Tambi
Kod Katalog: TBBK 1177
Kod ISBN: 978-967-388-013-3
Harga: Semenanjung M'sia - RM12.0, Sabah / S'wak: RM14.00

Dapatkan di www.stormreaders.net/galeriiilmu


---------------------------------------------------------------------------------
'Filter' kepada Kejahilan, 'Ubat' kepada Hati, 'Makanan' kepada Minda. Galeri Ilmu Online anda.


1508390314040910094109.jpg 

 

[Download senarai buku Stormreaders]
disini: http://senaraibukustormreaders.blogspot.com
[AqiqahKorban] http://www.rahsia-ebook.com/AqiqahKorban
[Susu Kambing Segar Perisa Coklat/Yogurt] skudaisusukambingsegar.blogspot.com/

Promosi menarik, diskaun buku terpilih Stormreaders

Promosi menarik, diskaun buku terpilih sempena Maulidur Rasul, 20-50%

168466_1683327897075_1653936578_1525458_5611257_n.jpg

------------------------------------------------------------
'Filter' kepada Kejahilan, 'Ubat' kepada Hati, 'Makanan' kepada Minda. Galeri Ilmu Online anda.


1508390314040910094109.jpg 

 

[Download senarai buku Stormreaders]
disini: http://senaraibukustormreaders.blogspot.com
[AqiqahKorban] http://www.rahsia-ebook.com/AqiqahKorban
[Susu Kambing Segar Perisa Coklat/Yogurt] skudaisusukambingsegar.blogspot.com/

Related Posts with Thumbnails